September 17, 2009

sELaMat HaRi RaYa AiDiLfItrI... MoHoN mAaF ZaHir & bATin.....

Gambar beberapa hari yang lepas...
Hehehe... Harap2 pas Raya nanti daguku masih runcing cam dlm gmbr nie... Hehehe....


Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh...
Since jap lagi aku pun dh nak gerak balik ke Felda Taib Andak, Kulaifornia Johor Darul Ta'zim Yang Best Giler aku nak amik kesempatan nie utk menyusun 10 jari (sib baik cukup sebab x main mercun/meriam buluh) hehehe... memohon kemaafan dari semua yang kenal atau x kenal aku... Especially to all my family members, my Cyg yang dh bahagia dpt beraya di George Town tahun nie (ye lah dah 2 tahun dia beraya kat Johor sbb x dpt cuti raya), to all my friends, my enemies (ada kers?) dan yang paling special kat sumer my loyal customers...
(Sekadar menamakan beberapa nama yang selalu berurusan dgn aku dalam urusniaga Herbalife Shapeworks) :
Along (Kuantan),
Farah/Kak Ina/Ayoo (Putrajaya),
Adee Jelita (Hanoi),
Aisyah/Ita/Epa (KL)
Suhaida (USIM),
Kak Jia (UTHM)
Zura (Kedah),
Shima/Hanie/Kak Imah/Kak Ani/Kak Nab/Pn. Siti Zaiton/Pn. Huzaimah/Abg Nuar/Kak Rosni (UTMICKL),
Nano/Kak Watee/Ina (UTMJB)
dan mana2 yang aku x sebut tu jgn marah ekk..)
I would like to wish all of you Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf zahir dan batin...
Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan... Cam tu gak dlm urusan bisnes.. kot2 ada yang terlebih terkurang tu harap dihalalkan... Makan dan minum pun sama kalau ada tu harap dihalalkan....
Rasanya cam kejap sgt Ramadhan tahun nie berlalu.. Yang pastinya aku akan merindui Ramadhan.... Semoga dapat bertemu Ramadhan seterusnya... Amin... Sebenarnya aku sendiri rasa yang mmg betul manfaat berpuasa kepada umat manusia especially org Islam... Selain dapat merasai susahnya org miskin yang x mampu membeli makanan, kita gak dpt merehatkan usus kita dari terus menerus menelan makananan... Alhamdulillah aku rasa semakin sihat dan bertenaga...
Aku pun dh nak berkemas2 kang tengahari aku akan gerak ke kampung.. X sabar rasanya nakjumpa Mama.... Semoga Hari Raya Aidilfitri memberi keinsafan pada kita semua... Dalam pada -bergembira tu jgn lupa yg dh pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya... Al-Fatihah buat arwah Ayah (Ismail bin Ahmad), arwah Atok (Kassim bin Hj. Said), arwah Mak Tok (Epah bte Hj. Md. Zin), arwah Mamak (nenek aku gak... Arbaiyah bte Deraman), arwah Tok Nin (Hj. Ithnin bin Ismail-Cikgu Ngaji aku masa kecik2 dulu) dan semua yang telah pergi buat selama-lamanya... Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat.... Amin.......

MeNu UtK TeNaGa yG LebIh SeMasA rAmAdHan & HaRi RaYa

Setelah mengetahui khasiat buah kurma yang byk tu, aku menambahkan 3-5 biji buah kurma dalam shake aku... Hasilnya... mmg menakjubkan! Tenaga tu last sampai ke malam... Alhamdulillah... Mmg Ramadhan tahun nie berjaya memperbaiki cara makan aku... Aku dh tak buruk lantak macam dulu... Pegi ke mana-mana pasti ada yang memuji aku dh semakin slim... Alhamdulillah.... Syukur.... Subhanallah buah kurma nie mmg bagus sgt sampaikan Rasulullah SAW pun mulakan berbuka dgn buah kurma nie...

Kalau korang on diet sekalipun, korang leh makan 1-3 bijik buah kurma dan pastu korang akan rasa yang korang jadi bertenaga balik.. Aku selalu cadangkan kat customer2 aku supaya jadikan kurma as one of greatest snack during their shake hours... Disebabkan bulan Ramadhan nie buah kurma senang diperolehi aku telah membeli beberapa kotak buah kurma untuk dijadikan stok.. Tambah dalam shake, dh la sedap pastu tambah tenaga lak tu, mmg SUPERB lah! Bagi yang suka oat tu leh la campurkan 1-3 sudu oat dalam shake korang.. mmg kenyang giler!!! Hehehe....

Ok Menu Khas Untuk all my Loyal Customers :
SHAKE WITH DATES/OAT
(Bagi Yang Taruk Formula 3 dalam Shake)
300ml air sejuk 2 sudu Herbalife Shapeworks Formula 1 (any flavours)
1 sudu Herbalife Shapeworks Formula 3
3-5 biji buah kurma (as desired)
1-3 sudu oat (as desired)
Pastu diblender
Hasilnya... Emmmm... Shake yang amat lazat.. So far aku suka campurkan buah kurma dalam Shake Cappucino/Dutch Chocolate.. Mmg YUMMY!!!!
(Bagi Yang Tak Taruk Formula 3 dalam Shake)
300ml air sejuk
3 sudu Herbalife Shapeworks Formula 1 (any flavours)
3-5 biji buah kurma (as desired)
1-3 sudu oat (as desired)
Pastu diblender
Pastu korang minum dan rasailah sendiri camner bertenaganya korang pastu... Tapi jgn lupa tau.. Pls minum air secukupnya.... At least 3 liter a day... Jgn lupa tu.... Pastu yang semestinya jgn lupa our delicious Herbalife Shapeworks Tea Mix!!!!


Bahan Yg Diperlukan : Formula 1/Buah Kurma/Kalau suka leh taruk Oat/Air Sejuk

Heheheh Stok Buah Kurma Dalam Fridge.. Cukup untuk beberapa bulan.....

KhAsiat buAH kUrMa



Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan traditional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.


September 10, 2009

PUASA DAN KEPENTINGANNYA DARI SUDUT KESIHATAN

PUASA DAN KEPENTINGANNYA DARI SUDUT KESIHATAN

Dalam Bahasa Arab puasa atau saum bermakna menahan diri daripada melakukan sesuatu. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, ?Maka katakanlah (wahai Maryam), sesungguhnya aku sudah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang maha pemurah. Maka aku tidak akan sekali-kali berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.? (Maryam: 26).
Apa yang dimaksudkan oleh Maryam disini ialah dia menahan dirinya daripada bercakap. Dari segi syarak, puasa beerti menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa sejak dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari dengan niat tertentu. Hal ini diingatkan di dalam Al-Quran, maksudnya: ?wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa.? (Al-Baqarah: 183).
Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oeh umat manusia sebelum Islam. Ia adalah sejenis amalan yang umum (universal) dimana puasa merupakan ajaran semua agama , baik yang samawi seperti Yahudi dan Nasrani mahupun yang tabi?i seperti Hindu dan Budha. Perbezaannya terletak pada niatnya,sebabnya,serta cara perlaksanaannya. Ada yang berpuasa daripada memakan daging,telur,ikan susu dan sebagainya.
Namun semua situasi ini adalah jauh berbeza dengan puasa yang difardhukan ke atas umat Islam di mana puasa adalah satu ibadah yang tertera dalam Rukun Islam yang lima. Kita berpuasa bukan memperingati sesuatu peristiwa atau berpantang daripada satu-satu jenis makanan dan bukan pula kerana nazar yang tidak disyariatkan. Allah mensyariatkan puasa dengan tujuan untuk melatih hamba-Nya sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran maksudnya: ? Mudah-mudahan kamu bertakwa? (al-Baqarah: 183.)
Demikian pula Allah telah memberikan ganjaran yang besar kepada umatnya yang berpuasa sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis Qudsi yang maksudnya : ? Setiap amalan Bani Adam itu adalah untuknya melaainkan puasa. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang akan membalasnya?. (Abu Hurairah) Dalam hal ini Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan bahawa ?puasa sebenarnya adalah merupakan (komunikasi) rahsia diantara hamba dengan Tuhan-Nya?
Kepentingan Puasa Dari Aspek Kesihatan:
Lumrahnya kita kurang faham tentang tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan kerana terlalu biasa dengan cara tertentu yang menjadi budaya masyarakat. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun-temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa,malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.
Umumnya dalam keadaan tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses menghadaman makanan.
Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan. Semasa menjalankan proses ini, bahan buangan turut dihasilkan dan is perlu dikeluarkan dari sel. Jika sel-sel badan terlalu sibuk memproses makanan yang diterima, proses buangan ini akan menjadi kurang efisyen.
Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpulnya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak. Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak berpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses membakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala.
Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi. Jika proses perkumuhan sentiasa dalam keadan tidak efisyen, lama-kelamaan sel-sel badan akan berfungsi dengan tidak optima kerana proses pembuangan tergendala. Ini akan menyebabkan sistem-sistem lain dalam badan seperti sistem penghadaman dan lain-lain akan turut tergendala.
Akibat dari gangguan berbagai sistem ini, kita akan mengalami gejala gangguan kesihatan seperti lenguh-lenguh badan,cepat letih, mudah demam dan berbagai ?bagai penyakit lain.Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen.
Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan.
Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan.
Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buag pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima. Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan.
Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti :-
i. Sakit kepala ? ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.
ii. Lenguh-lenguh badan
iii. Lidah berdaki dan mulut berbau
iv. Kencing pekat dan berbau
v. Ceret-beret
vi. Letih lesu ?
Keadaan ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula di dalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan! Berpuasa yang tidak berkesan untuk kesihatan. Sebelum kita membincangkan cara-cara berpuasa yang berkesan, adalah kita memahami puasa yang tidak berkesan.
Berikut adalah beberapa cara atau kebiasaan yang harus dijauhi supaya kita mendapat manfaat puasa sepenuhnya:
i. Makan terlalu banyak sama ada waktu sahur atau berbuka
ii. Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah untuk dihadam
iii. Memakan terlalu banyak daging terutama mereka yang menghidap batu karang, gout, allergi (alahan)
iv. Kerap makan sepanjang malam
v. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi. Tidur selepas makan (perut kenyang)
vii. Minum terlalu banyak kopi atau teh.
Jika kita masih meneruskan amalan di atas, kita bukan sahaja kurang mendapat manfaat puasa,malah kita akan merasa letih dan juga mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang yang berpuasa dengan cara sedemikian.
Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya Fasting: The Ultimate Diet, Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night.?
Kenyataan ini tidak boleh dinafikan memang ada kebenaranya. Oleh itu kita harus berusaha untuk membaikinya agar berjaya mendapatkan manfaat sepenuhnya dari amalan puasa kerana puasa yang berjaya akan membuatkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, kuat dan sihat.Puasa yang sihatKunci bagi kejayaan yang berkesan ialah kawalan yang baik semasa berbuka dan bersahur.
Oleh itu semasa berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w memakan buah kurma (tamar) semasa berbuka adalah baik untuk kesihatan kerana tamar mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi disamping mengandungi asid amino ? diantaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.Jangan makan terlalu banyak.
Malah sewaktu berpuasa kita sepatutnya merebut peluang untuk berjimat cermat khususnya dalam hal perbelanjaan iaitu dengan mengawal kuantiti pengambilan makanan atau minuman agar tidak berlaku pembaziran tetapi bersederhana sama ada ketika berbuka atau makan sahur. Jika banyak juadah yang dihidang dari aneka jenis dan rasa, sudah tentu sukar untuk kita mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Begitu juga dengan air minuman.
Sediakan minuman dari bahan semulajadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebaliknya kita boleh menggunakan gula merah, madu lebah atau jus buah asli. Dalam hal ini, satu pertua yang baik diamalkan iaitu untuk mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang dicampur dengan bunga kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur semasa berbuka.
Cuba elakkan daripada mengambil minuman berupa kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa. Kafein juga sebenarnya memberi rangsangan kepada perut menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan perut kita terasa pedih sehingga menyebabkan gastrik.Kaedah puasa yang sihat juga adalah dengan mengurangkan memakan protein binatang semasa berbuka atau bersahur. Ini disebabkan protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah untuk dihadam.
Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak lantaran keadaan ternakan dan cara ternakan yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, horman, antibiotik dan logam-logam berat, racun serangga dan sebagainya. Sebagai gantinya, banyakkanlah memakan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain Walaupun protein di dalam sayur tidak lengkap, ia dapat diatasi dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan di mana ini akan melengkapkan di antara satu sama lain.Kesimpulan Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddinnya mengatakan bahawa bencana paling besar dalam kehidupan manusia adalah nafsu perut (kuat makan).
Oleh itu janganlah sekali-kali kita merasa berat untuk berpuasa apalagi puasa yang wajib di bulan Ramadhan kerana puasa itu hakikatnya bukan sahaja boleh membentuk rohani manusia menjadi individu yang baik dan taat bahkan dengan berpuasa itu sendiri mampu mengimbangi kesihatan tubuh badan dan persekitaran kehidupan manusia.
Kehausan dan kelaparan yang diakibatkan oleh puasa akan mengingatkan kita kepada fakir miskin yang sering merasa haus dan lapar sehingga akan timbul perasaan belas kasihan di samping meningkatkan kepekaan sosial individu untuk bergaul mesra dengan masyarakat melalui aktiviti solat terawih berjemaah, menghadiri majlis berbuka puasa dan sebagainya. Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang maksudnya: Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.
(Ibn Majah)

September 6, 2009

~RaMadHan Al-MubAraK 2009~




Assalamualaikum all...


First sekali, mintak maaf sgt2 sbb dh lama x update blog nie... Sorry la, ada niat nak update tapi x sempat... Lebih2 lagi bulan puasa kan... Lunch hour dh jadik 1/2 jam jer... Malam lak byk gak aktiviti sampingan.... Apa pun, hope tak terlewat rasanya nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Memperbanyakkan Amal Soleh di bulan yg mulia nie...


Alhamdulillah, mulai tahun nie aku dpt ikut program amik Shake (walaupun kadang2 x amik pun).. Kalau x sempat amik shake aku akan bykkan amik Tea Mix and minum plain water... Menu yang biasa aku makan time bukak puasa :


1) Sandwiches

2) Mihun Sup

3) Mihun Goreng

4) Spageti
5) Air Tea Mix Herbalife
6) Air Mineral
7) Kurma Madu
8) Milo Panas (Kadang2)


Aku sgt jarang amik nasik... Dan kesimpulan yang aku dpt is kalau kita kurang makan nasik memang senang nak lose weight... Kalau teringin sgt nak makan nasik, makan lah dlm portion yang kecil (separuh dari kebiasaan).. Lebihkan sayur-sayuran dan protein dari ikan... Yang best is kalau sahur dengan shake tenaga tu sampai ke malam... :) Alhamdulillah dapat wat Terawih sampai abis... Ada gak amik nasik dan roti time sahur tapi baru tengahari je dh rasa lapar sgt2...


Untuk korang aku uploadkan beberapa pix sepanjang Ramadhan (amik sendirik jer..).. Alhamdulillah byk baju2 yg x muat dh muat, dan ada gak yg dh longgar... Yang paling penting badan rasa segar, sihat... Alhamdulillah..... Apa pun aku harap customer2 aku dapat amik shake at least sekali sehari (time sahur).. Kalau lapar lagi time sahur tu leh makan beberapa bijik buah kurma.. Minum tea mix dan plain water ikut kemampuan korang :)
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
SEMOGA BERTEMU LAILATUL QADAR
SEMOGA MEMPEROLEHI JANNAH...
AMIN... Ya Rabbal Alamin......

July 29, 2009

~I'm A fIgHtEr!!!!!~

Hari nie aku nak score 6 liter air! Coz my fat content sudah naik giler da.... Alamak camner nie... Hari nie aku byk bedal buah.. Tadi dh makan orange, papaya, kismis pun aku bedal... Nie la barisan minuman aku...... Setakat nie dh dekat 2 botol besar air kosong aku bedal, shake dh 2 kali makan dh.. teh dh 1 liter aku bedal... Hari nie aku nak berjuang! Caiyok2!!!

Salad Yang Lazat! Aku taruk Salad yang 2 kaler tu (green and purple) pastu, Cherry Tomato, Onion ngan Thousand Island dressing (sket jer wat rasa hehehehehe) Ini lah my Normal Meal petang kang dlm kul 3.00 nti.. Ingat nak makan roti Gardenia yang ada sambal tu... Makan ngan Salad nie pun lazat gak kan kan kan... Hehehe.....

What's for today? Hehehe.. Hari nie aku bawak bekal Shake Strawberry (dlm bekas air yg comel tuh) pastu Salad ngan Apple sebijik... Masa amik gmbr nie aku dh bedal my first shake.. Strawberry gak...

July 27, 2009

MEMORI NAN INDAH BERSAMA SAHABAT-SAHABAT (DULU, KINI DAN SELAMANYA)

AKU DAN RAKAN2KU KINI.... AKU DH SAIZ LEBIH KURANG DIORANG DH.. HEHEHE.. APA PUN AKU BERAZAM UNTUK JADIK LEBIH KURUS DARI DIORANG.. HEHEHE.. CAIYOK2!!!
TERINGAT KENANGAN 'MELANCONG' KE PERTH, AUSTRALIA.. KENANGAN BERSAMA ABANG KANGAROO X MUNGKIN DPT AKU LUPAKAN.. COMEL SUNGGUH AKU KAN DI WAKTU ITTIEW BERSAMA RAKAN2KU YANG COMEL2 JUGAK....





GET BACK TO HERBALIFE LOSE WEIGHT PROGRAM!

Udah lama siot aku x update blog.. Marah customer2 aku.. Hehehe.. Sorry ler yer kekawan.. Disebabkan aku skang mmg byk keje kat ofis, siap bawak balik umah lagi... Tensen tau... Aku pun bukan ikut program sgt lately... Tapi kan hari nie kan... aku dh berazam nak ikut program balik... So, pagi tadi shake kul 8.30am pastu second shake kul 1.00 pm... normal meal kul 4.30 petang.. tu pun makan ala kadar jer.. Karipap 2 ketul, kuih cara berlauk seketul pastu guess what.. Nie ler normal meal aku hari nie... Balik umah kang kalau lapa aku ngap epal barang sebijik dua.. hehehe....
Korang nak tau tak.. Aku balik Johor tau ari tu.. BF aku kutuk aku gemuk... Adik aku pun tanya apsal badan aku naik.. Arrrghhh aku lagi tensen org tegur2 camtu.. Tapi kan mmg aku mkn byk giler tau dlm 2-3 bulan kebelakangan nie.. asyik makan pizza, KFC, cake, cheese tart etc... Mana badan tak gemuk! So tu yg aku tekad nie hari nie mesti aku kena ikut program... Makanan aku nie jer la... Air kosong aku dh balun lebih 4 liter.. Tea dalam 1.5 liter... Fruits... Kismis.. Protein Bar... Cukup la kot untuk hari nie...

Sambil wat minit mesyuarat sambil makan cornflakes.. Hehehe... Hari nie aku rasa agak berjaya ikut program.. Perut pun dh kenyang gak makan cornflakes tadi.. So kat umah aku ingat nak basuh baju dan exercise kalau sempat.. hehehe... Caiyok2 pada diriku! Wish me ALL THE BEST yer kawan2!



June 2, 2009

LaGi cAdAngAn mEnU uTk hErBaLifE cOnsumErS


TEMPE MERUPAKAN MAKANAN KEGEMARANKU... LAZAT AND RICH IN PROTEIN... BAGUS UTK KITA YANG CONSUME HERBALIFE.. KALAU BERANI MAKAN LAH TEMPE MENTAH, ORG-ORG JAWA RAMAI TAU YG AMALKAN PETUA MAKAN TEMPE MENTAH. UTK AWET MUDA KATANYA.. HIK...

TAUHU ALSO MY FAVE.. LAZATNYA KALAU DAPAT MAKAN TAUHU SUMBAT... YUMMY!

AKU SKANG PUN SUKA GILER MAKAN SUSHI.. SUSHI.. SUSHI.. SEDAPNYAAAAA...

TOSEI SKANG PUN AKU SUKAAAAA... HEALTHIER CHOICE I GUESS!
CAPATI PUN LAZAT AND HEALTHY.. X OILY....
ROTI NAAN DAN AYAM TANDORI PUN PERFECT FOR DIETTERS.. HEALTHY.. DIBAKAR BUKAN DIGORENG... MUST TRY!

May 31, 2009

MaRi BerShoPpIng di KeDaI mArIna @ wArtA BANGI, SeLanGor

INI LAH SIGN BOARD KEDAI MARINA (HEHEHE.. SEBENARNYA NIE KEDAI BUKAN MARINA YANG PUNYA... SIAPA MARINA? TUNGGU... NANTI AKU CITER EKK) KEDAI NIE TERLETAK DI TINGKAT 2 KE 3 WARTA BANGI.. AKU SUKA SHOPPING BAJU KURUNG READY MADE KAT KEDAI NIE.. SEBAB SAIZ S KAT SINI MMG NGAM2 SOI NGAN BADAN AKU.. LOVE IT!
DERETAN BAJU-BAJU READYMADE KAT SINI.. HARGA? AFFORDABLE.. JAHITAN KEMAS DAN CANTIK... SGT SUKA BAJU-BAJU DI KEDAI INI.. MY FAVE ALL TIME IALAH BAJU KURUNG PAHANG... BILA PAKAI BAJU NIE RAMAI YANG KATA NAMPAK LANGSING.. FIIIIWIIIIITTTT....

WAH CANTIKNYA KEBAYA PENDEK YANG KAT DEPAN TU... BILA LA EKKK AKU DPT MERASA PAKAI KEBAYA TUUU.. NIE KENA DIET BETUL-BETUL NIE.. START HARI NIE AKU BERAZAM NAK DIET.. DIET.. DIET... SHAKE 2 KALI SEHARI.. CAIYOK2!!!

PANDANGAN KESELURUHAN KEDAI MARINA NIE.. ACTUALLY NAK HABAQ MAI, MARINA NIE SEBENARNYA ASSISTANT JE KAT KEDAI NIE.. TAPI SEBAB DIA SELALU KASI SPECIAL PRICE KAT AKU, UMMI NGAN ADEE SO KITORANG PANGGIL NIE KEDAI MARINA... HIHIHIK...

SEKALI LAGI BAJU KEBAYA PENDEK YANG CANTIK.. AKU NAK BAJU NIE.. AKU NAK GAK.. X KIRA.. TAPI AKU KENA KURUSKAN BADAN LAGI... TERINGIN SGTTTTTTT NAK PAKAI BAJU NIE... SEMOGA AKU BERJAYA DALAM MISI KALI NIE.. CAIYOK2!!!!

Add Video

May 20, 2009

AKU BEFORE AND AFTER DALAM FLYERS KAK KAMILAH

ARI TU TERSEREMPAK NGAN ALONG (UPLINE AKU).. DIA BAGITAU DIA SGT TERUJA SBB TGK GAMBAR AKU BEFORE AND AFTER DALAM FLYERS KAK KAMILAH (UPLINE ALONG).. DIA DH SMS AKU ARI TU CKP YG DIA EXCITED SGT.. SIAP NAK KASI AKU HADIAH LAGI... SO ALONG BAGI AKU SEHELAI FLYERS NIE UTK KENANG-KENANGAN.. AKU JUST NAK SHARE NGAN KORANG.. AKU PUN X SANGKA MANA DIA DPT GAMBAR AKU NIE.. MAYBE DIA AMIK DARI BLOG LEHA (PENGEDAR HERBALIFE GAK).. MASA TU AKU NYER BERAT BARU TURUN 13KG..
AKU AMIK GAMBAR KAT FLYERS NIE GUNA ENFON AKU JER.. SO SORRY MAYBE QUALITY GAMBAR NIE KURENG SKET.. YANG NIE AKU ZOOM SKET KAT GMBR AKU.. NAMPAK TAK BUDAK MONTEL KAT TGH2 TU.. EHEHE.. X SANGKA LAK BESAR TUL PERUT AKU TIME TU.. CAM TEDDY BEAR LA AKU..

NIE GAMBAR KESELURUHAN FLYERS TU.. AKU DH ORDER DH.. LEH AKU HADIAHKAN KAT LOYAL CUSTOMERS AKU.. NAK SUH DIORANG MOTIVATED UTK TERUSKAN PERJUANGAN DIORANG DALAM MISI MENDAPATKAN HASIL YANG DIORANG NAK.. CAIYOK-CAIYOK!!!!



May 17, 2009

MENU-MENU CADANGAN UTK NORMAL MEAL

MY FIRST CHOICE UTK AMIK TIME NORMAL MEAL.. BIASANYA AKU AKAN AMIK SHAKE 2 KALI SEHARI (KUL 8.30 AM & KUL 12.30 PM) SO KUL 5 BALIK KEJE TU AKU AKAN SINGGAH KEDAI ATAU KALAU RAJIN AKU AKAN MASAK... NAK IKUTKAN MENU YANG PALING SELALU AKU AMIK IALAH BIHUN SUP.. AKU MMG SUKA SGT MAKAN BIHUN, HARI-HARI MAKAN MIHUN PUN XPE.. AKU SUKA BIHUN SUP YANG BANYAK SAYUR DAN AKU AKAN REQUEST NAK RENCAH AYAM SAHAJA... ADA SATU STALL DEKAT-DEKAT NGAN UMAH AKU TU DH PAHAM DH AKU NYER SELERA... KORANG PUN LEH TRY AMIK NIE AS YOUR NORMAL MEAL MENU..... LAZATTTTT......
YANG NIE LAK SUP SAYUR BERPERENCAHKAN DAGING AYAM... EMMM CAM LAZAT GAK EKK.... TU ADA BROCCOLI AND CARROT TU... ERMMM YUMMY.... YANG PENTING BAGUS SEBAB X OILY DAN BYK SUMBER VITAMIN AND ALSO ADA PROTEIN (AYAM TU)..

ERMMM NIE PUN LAZAT GAK KAN.... AKU MMG SELALU TAMBAH SUHUN KALAU WAT SUP SAYUR.... MENGENYANGKAN!

NIE LAK SUP SAYUR DGN FISH BALL.. CAM LAZAT GAK JER TAPI XDE SAYUR KALER IJAU.. HEHEHE....

KALAU DH BORING MAKAN BIHUN SUP AKU TUKAR LAK KE BIHUN TOMYAM... WALLA.. LAZATNYA... DENGAN PEDAS, MASAM, PANAS.. FUH MMG CPT PECAH PELUH... SKANG NIE MMG AKU FANATIC KAT MENU NIE... MENGENYANGKAN ALSO....

KALAU KORANG XMO BIHUN KORANG JUST AMIK TOMYAM JER PUN XPE... TAPI KORANG REQUEST LA SUH DIA LETAK EXTRA SAYUR... YUMMY!

NIE PUN AKU SUKA.... WHOLEMEAL SANDWICHES.. AKU RASA INTINYA JUST SAYUR JER... TAPI KAN AKU PREFER TUNA IN WATER NYER INTI FOR MY SANDWICHES... TARUK SKET PEPPER AND OLIVE OIL... SAYUR LEH LETAK TIMUN, SALAD AND TOMATO... SEDAP!!!

YANG NIE AKU RASA DIA LETAK ALFAFA SEKALI NIE... RUPANYA AGAK MENYERAMKAN TAPI AKU RASA LAGI BERKHASIAT SEBAB SAYUR DIA BYK KAN...

NIE PUN CAM SEDAP GAK... SIAP ADA WEDGES TU... TAPI WEDGES XMO AMIK BYK2 K... JUST BEBERAPA PIECE WILL DO....

AKU SUKA SGT TARUK FILLET IKAN KAT SANDWICH AKU... SEDAP TAK X TERKATA... EXTRA VEGE PLEASE! HEHEHE... ONION PUN AKU SUKA... DAPPP!


RASANYA KALAU TARUK LOW SALT AND LOW FAT CHEESE KAT TENGAH-TENGAH TU PUN OK GAK KAN... CHEESE KAN BEKALKAN CALCIUM UTK KUATKAN TULANG AND GIGI... ONION TU NAMPAK CAM BEST JER KAN... I LIKE!

KALAU DAH MALAS NAK SINGGAH KEDAI AKU AKAN WAT SALAD CAMNIE LA.... LAZY SALAD... BIASANYA AKU MMG ADA STOK SALAD DLM FRIDGE... DRESSING DIA TARUK LA SKET MAYO AND GARLIC OR ONION OR BOTH... XMO BYK2 SGT MAYO K!

FRESH GARDEN SALAD! MY FAVE!!! KALAU PI KENNY ROGERS AKU SELALU MAKAN MENDA NIE.. SGT SEDAP DAN BAGUS UTK ORG YG TENGAH DIET CAM AKU.. HEHEHE....

LAST BUT NOT LEAST, NIE ADALAH POTATO AND TUNA CHUNKS SALAD.. JUST TARUK BAKED POTATOES DAN TUNA CHUNKS KAT DLM SALAD NIE. JUST ADD SOME ONION, GARLIC, PEPPER KE DALAMNYA... ENJOY!!!