February 2, 2010

mArI bErKuRsUs RIntAs (tULisAn rIngKas & PaNtAs)@KL InTeRnAtIoNaL HotEL

Assalamualaikum...



Dah lama x update blog... Last week (27/1/2010 - 30/1/2010) aku pi KL attending a course called Pengenalan Kpd Tulisan Rintas (Ringkas & Pantas).. Lebih kurang cam shorthand/trengkas but it using huruf... Speed dia cuma 30-40 word per minute.. Kursus nie best sbb fasi adalah 2 orang lecturer yg penah mengajar aku di UiTM Jengka...

Nie Gambar2 otw back to Johor.. hehehe sorry salah arrange gambar :) Singgah sekejap kat Nilai untuk anta stok kat my customer, Su... tp yang x bestnya x smpt makan2 dgn dia sbb driver nak cpt sampai Johor :D.. next time kita hangout sama2 ye su :)

Product Herbalife yang baru masuk Malaysia : Aloe Drinks (bagus untuk usus, it's like shampoo to ur usus :) )
Stok Herbalife yang customer pesan/my own stock.. Kirim kat Along (upline aku)...

Tea Mix utk ilangkan ngantuk!
Bersama lecturer masa kat UiTM Cik Siti/Cik Midah (Now diorang dah puan dah) :D
Gambar2 masa kursus (2nd day) dgn kak watie....
Aku yang montel!



Driver yang ceria!
Gmbr2 otw pi KL ari tu :) ( bagi ilangkan ngantuk )


Hari yang cerah :)

Ok kekawan next time aku upload pasal new product Herbalife tu (Aloe Drinks).. FYI aku baru amik product nie selama 6 hari tp kesannya mmg superb.. Perut terasa semakin kempis! Nanti aku citer lagi ekk...


January 21, 2010

SeKeJaP mOntEl SeKejAp SLiM

Assalamualaikum....
Dear all readers....
Sorry sgt2 sbb dh lama sgt x update blog nie.. Kedatangan tahun 2010 mmg jadi satu pengalaman yang caca marba wat aku.. I'm still adapting with new environment di ofis baru... And start 1 Januari 2010 aku mula bergelar secretary kepada 7 org boss.. Arghhh tensen... tensen... Since bulan Disember aku dh tertekan dgn macam2 perkara... Mcm2 masalah yang x perlu la aku nyatakan kat sini... Kat bawah ada beberapa latest pix aku... Time nie baru pas seminggu lebih ikut lose weight program with Herbalife... :)

Bukan boleh dipuji slim dh start melantak sakan :D pix taken on 20/1/2010..
These 2 pix was taken on my 32nd besday 18/1/2010.. dh tua dh aku....



Yang bawah2 nie sumer adalah gambar2 time montel... Hehehehe..



December 1, 2009

~SpEciAL eDitIioN... LoYal CusTomerS' wEddINgs~

This time aku nak upload gambar-gambar wedding my loyal customers yang dh aku anggap macam adik sendiri.. Diorang nie mmg sgt ikut cakap... Aku tumpang happy dengan marriage life diorang skang nie.. Tapi yg sedihnya aku x dtg ke kedua2 adik2 aku nie.. Sorry ye syg...
Along before Herbalife.. Chubby dia time nie... Dia dh berjaya turun sebanyak 10kg dlm masa kurang 5 bulan.. Tahniah syg!
She look stunning in her wedding outfits... Look at her chin, dh runcing... Tapi syg ini je gambar yg dia MMS kat aku..

Farah antara customer aku yang terawal.. Nie gambar dia before Herbalife.. Cute kan time nie...

Farah After Herbalife.. Lose 20kg in 4 months kalau aku x silap... Aku kagum tul dengan semangat dia nie.. Skang dia tengah sarat pregnant anak yang pertama...
Farah look happy with her hubby in her wedding day.. Congrates syg!
Semoga diberkati Allah dan semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.. Amin...

November 30, 2009

~KePeNtIngAN MiNUm AiR~





Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja. Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.

Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita. Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan.

Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari.

Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.

Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.
MorAl of The StorY, bElaJar-BeLajaR la Yer bYkkaN minUm Air KoSong... :) KurAngkAn MaNis dI dLm MiNumAn, LebIhKan MaNis DaLam SenYumAN :)

~CoNtOh SiMpLe ExErcISe~


TakE a LooK of UrSelF!!! SeLamaT bEreXerCISe!!!!





siLa ClicK foR bIggEr VieW....

sOrrY QuALiTy gAmBAr x BeGitU mEmUaSkan....

November 29, 2009

~TiPs UtK kUwUS~

Tips Kuruskan Badan

Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;

Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.

Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.

Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurusRamai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.

Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.

CAIYOK-CAIYOK!!!!!
SELAMAT MENGUWUSKAN BADAN!!! :D
Just to share the tips jer, tapi kalau nak lagi cepat and dapat total health boleh lah order HERBALIFE SHAPEWORKS products dengan saya :D

November 18, 2009

... My Farewell Party @ Restoran Kasih Bonda, Setapak KL : 6 NOVEMBER 2009 (Last Day Kat UTMICKL)...


Terharu dgn layanan kawan2 ofis yang bersusah payah buat Farewell Party untuk aku dan sorang lagi ofismate yang bakal pindah iaitu Ziemah... Majlis nie diadakan pada 6/11/2009 (Jumaat) di Restoren Kasih Bonda kat Setapak KL... Terharu sgt dgn sambutan yang diorang buat nie.... Mmg sedih nak tinggalkan kawan2 yg rapat dgn aku cam Kak Ani, Emy, Kak Imah, Kak Nab, Kak Shima, Shima, Ainul dan lain2... X ketinggalan boss yang baik iaitu Pn. Siti Zaiton yg byk tlg aku supaya cepat dpt transfer JB...
Stail makan kat sini buffet.. Nie lauk pilihan aku hari tu... Nasi separuh, Ikan Keli Sambal, Ulam-ulaman... Yummy...
Muka sedih plus toya aku dgn Ziemah, Shima ngan kak Nab...

Siap ada kek tu.. Lazat siot kek nie.. Blueberry Cake :).. LAZAT!

Acara potong cake! Cheh cam pengantin lak!

Antara kawan2 yang memeriahkan majlis tu :).. Love u all!

Tengah fikir nak cakap apa ekk masa ucapan jap lagi :D

Macam President Kelab Bujang UTM jer time berucap :D

Sesi bergambar dgn kawan2 yg join party tu :).. Aku takkan lupakan korang... Korang akan sentiasa berada di dalam lipatan memori aku, Insya'allah... Semoga bertemu lagi sekiranya umur panjang dan murah rezeki :).. Semoga Allah memberkati hidup kita semua... Amin.....

November 16, 2009

...2nd Week Kat UTMJB...

Semalam balik keje aku timbang berat.. Oh no! Sudah naik 5 kg! Dlm masa 2 bulan aku sudah gain sebanyak itu! Runsing nak fikirkan cara utk lose weight...

Hari nie aku amik shake pagi... Up to now aku dh balun dekat 3 liter air... Tea Mix dh 1 liter... I NEED MORE WATER TO FLUSH OUT MY FAT CONTENT!!! Normally aku bawak at least 3 liter air BIO AURA dari umah :D.. Segan la kat ofis baru nak bantai air kat ofis tu :D:D:D

Water Bottle HERBALIFE 2 liter lebih dah settle!!!

Biskut Oatmeal Jacob's standy kalau lapor... Mkn 2-3 keping dh rasa kenyang :)
Jajan time lapor gak.. Leh makan time amik shake.. Prunes.. Leh makan dlm 4-5 biji.. Kalori cuma 98 kcal jer :)
Nutrition Facts Pitted Prunes!
Today Mama bekalkan French Toast.. Pagi tadi dlm kul 7 lebih dh amik shake.. So dlm kul 11 lebih td dh mkn 2 keping French Toast dgn a cup of Nescafe... Pastu balun tea mix :D
My Magic Tea! Xleh kalau tea nie abis stock! Aku x mengantuk kalau amik tea nie..

Setakat nie jek update utk ari nie... Esok nak try 2 kali shake! Caiyok2!!!!